Kerosakan pensegmenan

Kerosakan pensegmenan (dalam bahasa Inggeris segmentation fault, disingkatkan kepada segfault) atau cabul capaian (dalam bahasa Inggeris access violation) ialah ralat bagi sesebuah perisian komputer yang terjadi apabila ia cuba untuk mencapai tempat ingatan yang tidak dibenarkan untuk dicapai, atau cuba untuk mencapai tempat ingatan dengan cara yang tidak dibenarkan (contohnya, cubaan untuk menulis pada tempat baca sahaja, atau cubaan untuk menulis-ganti sebahagian sistem pengendalian).Pensegmenan ialah satu langkah pengurusan ingatan dan perlindungan dalam sistem pengendalian. Walaupun kebanyakan tujuannya telah digantikan oleh penghalaman, namun masih banyak istilah pensegmenan digunakan, "kerosakan pensegmenan" adalah satu contoh. Sesetengah sistem pengendalian masih memiliki pensegmenan pada suatu tahap logik walaupun penghalaman digunakan sebagai polisi pengurusan ingatan utama.Dalam sistem penggendalian ala Unix, isyarat yang digelar SIGSEGV dihantar kepada proses yang sedang mencapai alamat ingatan yang tidak sah. Pada Microsoft Windows, sebuah proses yang mencapai ingatan tak sah menerima pengecualian STATUS_ACCESS_VIOLATION.